BAWAKU TERBANG
TREATMENT
(25 SCENE = 35 MIN)
By MAIZURA
EDERISACT I
1. EXT. LAPANGAN TERBANG SUBANG/KLIA/KLIA2. SIANG
Am leka memerhati kapalterbang berlepas dan mendarat. Wajahnya sedih kerana dia tidak dapat menjadi juruterbang. Dia redha kerana tidak mencapai cita-cita dan teruskan hidup mengikut arus sahajaā¦tanpa matlamatā¦ (V/O AM)
2. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN. SIANG
Am bersungguh main game kapalterbang dan sedang berlumba dengan seseorang yang menggunakan icon ahli Avengers tapi dia tak tahu siapa dia. Am kalah. Dia kecewa.
Rakan sebelah meja (Faiz, 20-an) menegur supaya teruskan kerja sebab bos akan masuk nanti. Am buat tak peduli dan terus bermain dan berlumba dengan gamers lain pulakā¦
INTERCUT
3. INT. BILIK ASRAMA PEREMPUAN. SIANG SAMA
Kita nampak sebuah bilik asrama dan seorang perempuan 20-an sedang berlumba main game kapalterbang dengan Am. Tapi kita tidak tahu siapa dia dan di mana lokasinya. Am menang dalam perlawanan itu dan berlagak. Dia menghina gamer yang kalah.
Gamer perempuan tadi berang dengan penghinaan Am lalu terjadi lah pergaduhan antara mereka di ruang chat. Pergaduhan semakin lama semakin hangatā¦
Am beritahu Faiz tentang gamer perempuan ni yang perasan bagus. Faiz nasihat supaya sudah-sudah lah tu, nanti bos balik.
Gamer perempuan tadi beritahu rakan sebiliknya tentang perangai Am - seorang gamer perasan bagus yang dibencinya oleh ramai orang dalam komuniti gamers.
Bos masuk pejabat dan terus mengamuk tengok Am main game! Bos suruh Am jumpa dia kat bilik! Am kecut perut. Faiz bisik kata ākan aku dah cakap.ā
24. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN (BILIK BOS). SIANG SAMA
Bos marah Am sebab tak siapkan kerja. Client dah bising. Am selamba kata dia tak minat kerja design. Tak sesuai dengan jiwanya. Bos semakin lah bengang. Bos bagi kata duaā¦
Am kena berubah jadi manusia yang ada matlamat atau keluar dari office dia!
Selepas konfrontasi itu, baru kita reveal yang bos itu adalah abang sulung Am (Abang Long). Patut lah Am berani berhujah dan bercakap pun āselamba badakā jer.
5. INT. RUMAH SEMI D - MASTER BEDROOM. MALAM
Abang long mengadu pada isterinya (Kak Ita) tentang perangai Am yang addicted to game. Sesuatu yang melalaikan. Abang Long risau sampai bila dia nak tanggung Am. Tak pasti macamana masa depannya kalau begitu lah perangainya. Dia pun malu pada kakitangannya yang lain di pejabat. Sebab adik sendiri tak perform. Reveal character spoilt brat Am kat sini melalui dialog laki bini tu.
Abang Long macam nak salahkan mak dan ayahnya yang manjakan sangat Am. Kak Ita tegurā¦ tak baik ungkit pasal orang yang dah tak ada. Abang Long tersedar.
Kemudian, Abang Long bagitau dia kesal kerana Angah dan Ude langsung tak pedulikan Am. Padahal mereka lagi senang. Kak Ita kata mereka tu bisnes besar-besar dan sibuk ulang alik ke luar negara.
6. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM SAMA
Am bermain game lagi di dalam bilik pula - guna laptop dan sedang berlumba kapalterbang dengan seseorang.
INTERCUT
7. INT. BILIK ASRAMA PEREMPUAN. MALAM SAMA
Gamer perempuan berlumba game kapalterbang dengan Am. Dia kalah lagi. Macam biasa Am cakap berlagak. Dia bengang dan mencabarnya supaya bawak kapalterbang betul kalau dah terrer sangat.
Am tercabar!
8. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM SAMA
Sepanjang malam, Am termenung jauh kenangkan cabaran Julie.
TIME LAPSE
8A. Am turun dari katilā¦Dia buka almari dan lihat
model-model kapalterbang kayu yang disimpannya sejak kecik. Dia teringat cita-citanya yang terpaksa berkubur. Am tenung kapal terbang kayu ituā¦
9. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN. SIANG (NEW DAY)
Am masih termenung depan komputer. Faiz, hairan. Aik? Tak main game pulak hari ni? Padahal bos tak ada? Am terus fikir dan tak pedulikan pertanyaan Faiz ādah insaf, keā¦semalam kena marah?ā
Kemudian, Abang longnya masuk. Dia tak marah Am sebab Am tak main game hari ini dan berlalu ke biliknya. Tapi tak semena-mena, Am bangun dan pergi ke bilik abangnya.
10. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN (BILIK BOS). SIANG SAMA
Abang Long terkejut bila Am datang jumpa dia. Selalunya Am akan menyorok dan mengelak dari jumpa dia kerana kerja tak siap. Abang Long perli Am yang nampak rajin hari niā¦ tak panggil pun datang. Bagus! Abang Long sangka Am dah berubah..rentetan terkesan dengan nasihatnya semalam. Tiba-tiba Am kata nak berhenti kerja sebab nak kejar cita-cita. Abang Long terkejut.
Am keluar. Abang long tertanya-tanya sendiri ādia ada cita-cita ke? (pada pandangan abang long, adiknya itu memang hampeh lah)
11. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM
Am mengadap laptop dan google Cara Menduduki Semula Peperiksaan SPM Ulangan & Pendaftaran Calon Persendirian SPM! Muka Am seperti mendapat semangat!
12. INT BILIK ASRAMA PEREMPUAN. MALAM SAMA
Gamer perempuan buat video cara-cara menjaga muka dan mengelak jerawat. Dia perkenalkan diri sebagai Julie dan bagi tips kepada follower IG nya.
INTERCUT
13. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM SAMA
Am tengok video Julie tu dan kutukā¦ Dia sangka Julie bercita-cita nak jadi macam Datuk Seri Vida. Am kata Julie takkan boleh berjaya kerana di luar sana, beriburibu usahawan kosmetik lahir dalam tempoh dua minitā¦ 4jadi persaingan adalah tinggi. Am nasihatkan Julie berhenti berangan dan pergi buat kerja lain yang lebih berfaedah.
Julie geram baca komen Am. Kawan sebiliknya, Lisa, tanya samada Julie pernah jumpa Am di luar. Julie kata selama ni mereka cuma kenal di sosial media dan bermula dengan main game. Lisa tanya siapa Am sebenarnya? Julie kata dia pun tak tahu sangat sebab Am tak banyak post apa-apa di media sosial.. Am lebih banyak main game dan kadang-kadang komen posting IG dia untuk tujuan mengutuk. Julie rasa Am ni seorang yang tak ada ramai kawan, looser dan tak ada life!
TIME LAPSE
14. EXT. RUMAH SEMI D - HALAMAN. SIANG (NEW DAY)
Am semangat nak pergi tusyen untuk SPM, galas beg. Abangnya kata hentikan lah usahanya nak ambik subjek Fizik dan Matematik yang dia kantoi dulu. Lagi pun, abang Long tak ada duit sebanyak RM350k untuk realisasikan cita-cita Am itu. Am kata dia boleh pergi interview di styarikat airlines lepas lulus Fizik dan Maths nanti.
Kalau dapat, boleh buat PTPTN atau loan bankā¦ Hmmmā¦ Abang Long tak yakin. Ramai berebut-rebut nak masuk airlinesā¦ribu-ribu yang datang interview tapi berapa kerat sahaja yang diambilā¦ Am bengang abang tak sokong dan blah.
Kak Ita muncul. Abang Long bagitau Am tu semangat dia hangat-hangat tahi ayam jerā¦ Abang Long yakin dua tiga hari lagi, mesti Am balik semula ke syarikat diaā¦
15. EXT. BANDAR-SUATU TEMPAT. SIANG SAMA
Am berjumpa Faiz selepas tusyen dan Faiz menasihati yang sama pada Amā¦ jangan harap lah nak dapat interview airlines. Faiz pujuk Am kembali ke syarikat abangnya sebab peluang cerah di situ. Tapi Am tetap nak teruskan..
16. EXT. BANDAR-PERPUSTAKAAN/SEKOLAH/BILIK. SIANG
SAMA Montaj :
- A. Am belajar sungguh-sungguh subjek Maths dan Fizik di perpustakaan (boleh cheat di perpustakaan Flying School)
- B. Am dalam bilik, bersiap dengan penuh semangat nak pergi ambik SPM.
- C. Am tekun menjawab soalan peperiksaan SPM di dalam dewan.
- D. Am lulus dengan credit! Am melompat riangā¦tapi sorang-sorang!
17. INT. RUMAH SEMI - D (BILIK). MALAM
Slip keputusan peperiksaan atas meja. Am google tentang temuduga sebagai kadet di airlines. Kak ita ketuk bilik dan masuk bagi hadiah sebab Am berjaya ulang subjek yang dia tak dapat kredit.
Am buka hadiahā¦ ia sebuah buku motivasi kejayaan. Am ucap terima kasih. Kak Ita kata dia tak sangka Am segigih ni. Ini macam bukan Am jer? Kak Ita tanya apa yang buat Am berubah?
Leteran-leteran Abang Long ke? Am diam sahaja. Dia tak bagitau tentang cabaran Julie.
Tanpa mereka sedari, Abang Long lalu di luar bilik dan terdengar perbualan merekaā¦ Kak Ita beri semangat pada Am untuk mohon temuduga airlines. Muka Abang Long macam tertampar bila isterinya pula yang memberi galakan pada adiknyaā¦
Kak Ita tanya kalau dapat nanti, ada ke airlines nak bagi biasiswa? Kak Ita dengar sekarang ni dah tak ada syarikat yang fully sponsor student pilot? Am beritahu memang dah tak ada sekarang. Tapi kalau dapat di airlines, dia boleh buat pinjaman PTPTN atau loan bank atau mohon biasiswa negeri. Am harap abang long dia mau jadi penjamin kalau dia buat loan nanti. kak Ita janji akan slow talk dengan abang long.
18. EXT. SYARIKAT AIRLINES. SIANG (ACT 2)
Am gembira pergi interview di syarikat airlines. Dia terus buat video beritahu yang dia nervous nak masuk interview dan mintak rakan-rakan doakan dia.
Kemudian, Am tunjukkan ramai calon lain sedang berbaris menunggu giliranā¦ramainyaā¦ Am bagitau dia tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap iniā¦ Dan ini kerana cabaran seseorang.. Am cakap kat kameraā¦kepada orang ituā¦tunggu dan lihat lah nanti.. (Am over confident)
19. EXT. PADANG BOLA JARING. SIANG SAMA
Julie terkejut bila tengok video Am itu. Julie tak sangka Am sahut cabarannya. Kemudian, Julie mencebikā¦poyo jer mamat ni siap buat videoā¦ padahal belum tentu dapat.. 6tengok lah calon yang beratur tuā¦beribu-ribu lemon! Julie ketawa..
20. INT. BILIK INTERVIEW AIRLINES. SIANG SAMA
Am duduk depan beberapa orang panel yang serius. Mulamula Am boleh jawab soalan dengan baik dan lancar. Tapi bila tiba pada soalan yang susah dan tricky, Am mula berpeluh dan nervous! Jawapannya lintang pukang dan berterabur. Bahasa Inggerisnya juga ke laut! Ada panel yang geleng kepala tetapi ada panel yang tersenyum suka.
21. EXT. LAPANGAN TERBANG SUBANG/KLIA/KLIA 2. SIANG SAMA
Am termenung sendirian dan sedih di luar pagar airport.
Dia memerhati kapalterbang berlepas dan mendarat di landasan dari jauh. Am rasa segala usahanya selama ini sia-sia. Am bukak phone dan tengok IG Julie. Dia menyesal kerasa sahut cabaran Julie. Kemudian, Am check gambar-gambar Julieā¦semuanya gambar Julie sorangsorang sedang bergaya, berfeysen dan bersolek. Am mencebik dan tuduh Julie seorang yang loner dan looser! Mungkin sedang perasan jadi model atau jutawan kosmetik.
22. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN. SIANG (NEW DAY)
Am masuk pejabat dengan gaya lemah longlaiā¦tak semangatā¦duduk di meja kerjanya yang dah lama ditinggalkan. Meja itu kosong tanda tak ada orang duduk sejak dia ambil SPM hari tu. Am pandang komputer skrin besar depannya tapi tak semangat nak on kanā¦ seolah cita-citanya dah musnahā¦hidupnya tiada arah.
Faiz datang dan gembira tengok Am kembali ke pejabat. Faiz tarik kerusi dan duduk sebelah Amā¦bagi semangat kat Am supaya kerja sungguh-sungguh kat sini.. Faiz kata Am bertuah kerana ini syarikat abang dia.. āKau boleh belajar macam-macam dari abang kauā¦ Aku sendiri jadikan abang kau idola aku tauā¦ aku nak jadi macam diaā¦Aku nak belajar segala ilmu daripada dia.. Kau adik dia, rugi kalau kau tak ambik peluang niā¦ Am diam jer. Faiz nasihat lagi, ākau take for granted selama niā¦ Sebab semua kau boleh dapat dengan mudahā¦ rumah tak payah sewa, kereta pun kau pakai arwah bapak kau punyaā¦ so, kau tak ada rasa nak struggle to be better. Dah, lepas ni kau kena fokus betul-betul pada bidang design niā¦ā
Am biar jer Faiz membebel sebab dia memang tak minat pada bidang design walaupun peluang nak naik di syarikat ini terserlah kerana syarikat abang dia. Am sekadar mengeluh. Faiz rasa sia-ia jer nasihat Am. Dia tarik kerusi kembali ke mejanya.
Tetiba Am dapat panggilan dari seseorang. Am jawab kasar macam nak marah pada pemanggil. Tiba-tiba mata Am terbeliak macam tak percaya. Am kemudiannya melompat 7bintang! Faiz terpinga! Am jerit, aku berjaya! Faiz makin hairan. Am peluk dan cium pipi Faiz dan terus blah! Faiz bengang dan lap pipinya itu dengan tisyu! Kemudian buat gaya geli geleman!
ACT II
23. EXT. JALAN DEPAN LAPANGAN TERBANG LANGKAWI & PANTAI. SIANG - AWAL PAGI - NEW DAY (SEKITAR JAM 7 PAGI)
Montaj berlagu riang dan penuh semangatā¦
Matahari baru naik dari arah pantaiā¦
Dari jauh, kelihatan kapalterbang mendarat di lapangan terbang Langkawi dan sebuah kereta melalui jalan raya keluar dari airport menuju ke satu arahā¦ Dari dalam kereta itu, kita nampak Airport ditinggalkan jauh di belakang dan muzik dari radio kereta kedengaran rancak gila! (kita tak tahu lagi siapa dalam kereta ini)
24. INT. BILIK ASRAMA PEREMPUAN. AWAL PAGI
Julie bangun tidur dan terus tengok phone dengan muka mengantukā¦tetiba matanya bulat terbeliak! Macam tak percaya! (Kita tak tahu lagi apa yang dilihatnya)
INTERCUT
25. EXT. JALAN DEPAN FLYING ACADEMY. AWAL PAGI
Kita reveal dalam kereta tadi ialah Am yang sedang buat live video tentang hari pertama dia mendaftar di HM Aerospace ā¦Dia memakai pakaian kemas dan wajahnya sangat teruja.. Kereta memasuki kawasan HM Aerospaceā¦ Am tunjukkan signboard HM di video itu..
Julie masih atas katil dan berbaju tidur, telan liur beberapa kali tengok signboard HMā¦mukanya macam tak sangka Am berjaya masuk akademi!